Saidatina Aishah bila ditanya tentang akhlak Nabi mengatakan bahawa akhlak Nabi itu bagai Al-Quran yang bergerak. Sedang yang dikatakan Ulama' itu pula adalah pewaris Nabi... kita orang biasa bila teringin berakhlak secara Islam akan merujuk kepada Ulama'. Maka kalau diri sekadar Ustaz janganlah pandai-pandai mengangkat dada mengaku Ulama', kesian orang-orang biasa yg sedang dahagakan pedoman.
Bab Gelar-Menggelar: Firman Allah S.W.T mafhumnya “11. Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mengolok-olok kumpulan yang lain, boleh Jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh Jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan Barangsiapa yang tidak bertobat, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim.” (al-Hujuraat: 11) Bab Butir Taik PAP: Sama ada PAP atau DAP, kedua-dua parti ini bukan parti komunis, bukan juga sosialis. Ini parti sosialis demokrat. Bagi golongan kiri dan sosialis (juga komunis), sosialis demokrat secara ideologinya tidak pernah dianggap sebagai sosialis, tidak diiktiraf sebagai golongan kiri. Ia sama sifatnya dengan Parti Buruh di UK. Buruk benar DAP di mata PAS, sedang di dalam DAP juga ada orang Melayu beragama Islam. Teringin nak dengar fatwa Ustaz PAS tentang akidah orang Islam yang ada dalam DAP. Bagaimana pula halnya dengan MCA yang memiliki Nanyang Siang Pau yang telah memenatang-kerakan orang tu? Memang ia sangat tidak wajar, tapi ia juga adalah refleksi dari sikap mulut lembik sesetengah pemimpin Islam yang kurang-ajar. Siapa tahu Presiden pertama MCA yang dikata parti berhaluan kanan itu? Tun Tan Cheng Lock menjadi Presiden pertama MCA pada tahun 1949. Sedangkan sebelum itu pada tahun 1946 beliau telah diangkat sebagai Pengerusi Bersama sebuah gabungan politik kiri PUTERA-AMCJA, gabungan antara PKMM dan Parti Komunis Malaya. Jadi kalau DAP itu dari butir taik PAP, MCA ni kita nak kategorikan kelahirannya dari lubang najis mana? Jangan hanya kerana kita dah termakan dedak Umno, semuanya salah DAP... maka kita lupa adab, kita jadi biadab. Kalau dah mengaku parti awak bukan sekadar politik, parti awak juga wahana dakwah, maka berdakwahlah dengan akhlak, ikut akhlak Nabi! Jangan ikut akhlak babi, menyondol tak tentu pasal... Sekian tazkirah dari saya.
0 Comments
Leave a Reply. |
BIODATAZukri Aksah merupakan Ketua Penerangan Keadilan Pahang dan Timbalan Ketua Keadilan Cabang Indera Mahkota, juga pernah membarisi saf Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia selama dua penggal. Telah mula terlibat secara langsung dengan politik dan gerakan reformasi sejak 1999, beliau dikenal sebagai radikal dalam kedua-dua pemikiran dan tindakan... [seterusnya] ARKIB
September 2017
KATEGORI
All
|