Zukri Aksah merupakan Ketua Penerangan Keadilan Pahang dan Timbalan Ketua Keadilan Cabang Indera Mahkota, juga pernah membarisi saf Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia selama dua penggal. Telah mula terlibat secara langsung dengan politik dan gerakan reformasi sejak 1999, beliau dikenal sebagai radikal dalam kedua-dua pemikiran dan tindakan. Pernah menjadi kolumnis berbayar untuk akhbar Siasah, Harakahdaily, mStar dan Merdeka Review. Seorang lepasan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Zukri sekarang adalah Setiausaha Syarikat Bertauliah, ahli dan wakil negeri kepada The Malaysian Association of Company Secretaries (sebuah badan profesional yang disenaraikan di bawah Jadual Keempat, Akta Syarikat 2016). Di universiti, beliau telah mengasas dan memimpin sebuah pertubuhan kesenian yang dikenali sebagai PENDITA dan kerana sumbangan besarnya beliau telah dianugerahkan dengan anugerah khas kolej dari kolej kediamannya pada tahun 1996.