Parti Keadilan Rakyat Pahang menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah di Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Pahang pada 2 Mei 2017 lalu yang mana Baginda menyarankan Jemaah Pengampunan Pahang memakaiguna kaedah pengampunan atau pemberian maaf oleh keluarga mangsa pembunuhan kepada banduan yang telah disabitkan atas kesalahan membunuh.
Pemangku Raja Pahang di dalam Titah Baginda telah secara spesifik menyarankan prinsip-prinsip jurispruden Islam iaitu "diyat" sebagai alternatif kepada hukuman mati di atas permohonan yang dimajukan kepada Jemaah Pengampunan Pahang. Diyat atau pemberian pengampunan atau pemberian maaf oleh keluarga mangsa kepada banduan yang disabitkan merupakan salah satu elemen penting di dalam pentadbiran keadilan Islam yang mengenengahkan prinsip kemaafan dan kasih-sayang serta tidak berdendam. Ianya juga secara tidak langsung mempamerkan citra sebenar Islam sebagai agama kasih-sayang dan tidak semata-mata menghukum. Diyat secara efmologinya diertikan sebagai denda atau penebusan yang mana seseorang banduan boleh meminta kemaafan atau pengampunan dari waris atau keluarga mangsa dan keluarga mangsa juga berpeluang memberikan kemaafan kepada banduan yang disabitkan dengan kesalahan membunuh dengan cara membayar denda atau penebusan berupa sejumlah harta yang bernilai. KEADILAN Pahang percaya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah merujuk kepada firman Allah SWT didalam Surah Al-Baqarah ayat 178 di mana keluarga mangsa diberikan kebebasan memberi maaf kepada banduan dan di dalam keadaan ini diyat atau denda hendaklah dikenakan yakni dengan membayar dalam bentuk harta yang bernilai kepada keluarga mangsa. Tuanku Pemangku Raja Pahang turut bertitah bahawa cadangan memakaiguna diyat ini bukanlah terhad kepada banduan Muslim sahaja tetapi boleh diaplikasikan oleh mereka untuk banduan bukan Islam atas prinsip yang sama. Sesungguhnya Titah Baginda ini sangat bertetapan dengan prinsip Islam Rahmatan Lil Alamin (Islam Rahmat Sekelian Alam) serta membuktikan ketinggian Islam itu sendiri. KEADILAN Pahang turut berpandangan peraturan serta peruntukan undang-undang sedia ada yang diberikan kepada Jemaah Pengampunan Pahang tidak menghalang dan memberikan ruang bagi membolehkan diyat dilaksanakan. Demikian itu, KEADILAN Pahang sekali lagi menjunjung kasih di atas Titah Pemangku Raja Pahang yang disifatkan sebagai bersesuaian serta bijaksana dan memartabatkan prinsip keadilan Islam. KEADILAN Pahang menyeru dan menggesa kesemua pihak yang berkaitan mengambil tindakan sewajarnya serta segera bagi membolehkan hasrat dan cita-cita murni Baginda dapat direalisasikan. Sekian Terima Kasih YB Dato Fauzi Abdul Abdul Rahman Bertarikh pada 4 hb Mei 2017
0 Comments
Leave a Reply. |
BIODATAZukri Aksah merupakan Ketua Penerangan Keadilan Pahang dan Timbalan Ketua Keadilan Cabang Indera Mahkota, juga pernah membarisi saf Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia selama dua penggal. Telah mula terlibat secara langsung dengan politik dan gerakan reformasi sejak 1999, beliau dikenal sebagai radikal dalam kedua-dua pemikiran dan tindakan... [seterusnya] ARKIB
September 2017
KATEGORI
All
|